Pemikiran dan perbezaan dengan al-Asy'ari. Abu Mansur Al Maturidi

Oleh kerana al-Maturidi merupakan salah seorang pengikut Abu Hanifah, banyak pemikiran teologinya mempunyai persamaan dengan Abu Hanifah [Lihat: Abu Hanifah, Syarh al-Fiqh al-Akbar, Hyderabad, 1321H, h.22.].

Sistem pemikiran teologi yang dihasilkan oleh al-Maturidi adalah termasuk dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dan ia dikenali sebagai mazhab ‘ilm al-kalam (Usul al-Din) al-Maturidi [Harun Nasution, Teologi Islam, h.72].


Kedua-dua al-Maturidi dan al-Asy'ari memfokuskan perhatian dan pemikiran mereka untuk menentang pemikiran Mu'tazilah. Al-Maturidi menghadapi Mu'tazilah di Samarqand, Asia Tengah manakala al-Asy'ari menghadapi Mu'tazilah di Iraq. Menurut kebanyakan ulama termasuk Abu Zuhrah, pemikiran al-Maturidi lebih hampir kepada pemikiran Mu'tazilah berbanding dengan pemikiran al-Asy'ari.